Wednesday, April 13, 2011

sebelum beliau jadi pemain boal malaysia

Memandangkan hari ini hari Ahad, aku ingat nak tulis panjang sikit. haha. Semua orang mesti tertanya-tanya kenapa sebesar-besar Malaya ini Cuma ada dua je sekolah sukan? Betul tak? Aku pon taktau jawapannya. Ko kene la tanye Shabree Chek. Aku pon bingung nape.

Dulu mase aku kecik2 ade sorang abang membe aku dapat masuk SSBJ (kalo x silap). Aku yang time tu kecik molek pon berasa kagum. Lepas tu, adik die pulak yang merupakan membe aku dpt pulak tawaran SSBJ. Aku pon bertambah-tambah kagum dengan Family die. Untuk pengetahuan korang emak membe aku ni, jual tauhu kat pasar malam Kuala Selangor, dan semestinya aku pon dok K. Sel. 

Time sekolah tu die mmg star, jd striker, tinggi pon bole tahan. Die ni mmg all-round athlete la katekan, main ape pon bole. Aku pon penah pegi umah die, time tu saje2 pinjam vcd. Haha, budak kecik. Nak kate bespren tu tipu la kan, tp ktorng mmg knl. Bapak die pon knl bapak aku. Lepas tu, aku dapat tawaran pergi sekolah asrama penuh dan die pon menyambung journey beliau ke SSBJ.

Pastu langsung x dengar kabor berita. Bile time ujung Form 3 aku pon pindah dari K. Sel. ke NS. Welcome to negeri JANG!. Then, bile time aku kat UTP, aku jumpe sorang lg membe time sekolah rendah. Die ni dulu Head Boy time kecik2. Haha. Die cakap membe aku yg enrol SSBJ ni dapat tawaran berlatih kat PSV. Tu clue first, korang mest tau kan sape beliau? 

Bile aku cek2 paper, mmg betul. Die satu2 nye player Msia yang dapat tawaran tu. FYI, time tu Msia ade hold tournament CYC untuk Youth Club besaq2 satu dunia + Msia under 20. Die ni yang dulunye main striker time sekolah dlu dah jd defender. Aku pon menjadi TERAMAT salut.

Start drpd tu ak mengikuti perkembangan membe ni dan National Team secara umumnye dengan lebih bersemangat. Haha, time kecik aku tak minat bola langsung, siyes!.

Pastu, aku dapat tau die dapat main untuk Selangor dan pernah banyak kali mewakili Selangor Youth. Sekarang beliau adalah Regular untuk right back Selangor dan Malaysia. Bahkan die ni ade dalam skuad EMAS Sukan Sea Laos dan AFF Suzuki baru-baru ni. Korang konpem dah tau sape kan?
Jeng2, beliau adalah

Tuesday, April 12, 2011

bekas pemain bola dan isteri nya di tahan edar dadah

KUALA TERENGGANU 11 April - Gara-gara mengambil jalan mudah untuk kaya dengan mengedar dadah, bekas pemain bola sepak Piala Presiden Terengganu 2010 bersama isterinya ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tasik, Wakaf Dua, Bukit Payung, Marang, Sabtu lalu.
Dalam serbuan pada pukul 9.30 malam itu, polis menemui 30 botol dadah jenis heroin seberat 120 gram yang disembunyikan di dalam sebuah beg tangan yang dipercayai dibimbit oleh isterinya yang berasal dari Kampung Lubuk Perah, Wakaf Tapai dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, dadah yang ditemui itu dipercayai dari Thailand berdasarkan pembalut yang digunakan daripada helaian kertas surat khabar dari negara terbabit.
Katanya, ketika serbuan dijalankan, kedua-dua suspek yang enggan membuka pintu setelah mengetahui kedatangan pihak polis berjaya ditahan ketika dipercayai cuba melupuskan bahan bukti.
"Suspek yang berusia 21 tahun berasal dari Kampung Bukit Nangka, Tepoh, ditahan sewaktu berada di dalam bilik air manakala isterinya, 34 tahun, ditangkap ketika cuba melarikan diri bersama sebuah beg tangan di bahagian dapur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam serbuan itu, polis turut menyita harta kedua-dua suspek yang bernilai keseluruhannya RM217,412 iaitu termasuk wang tunai, akaun-akaun bank, kereta jenis Honda Feroi, motosikal jenis Honda EX5 serta seutas rantai tangan dan rantai leher.
Tambahnya, bagaimanapun hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.
Katanya, pihak polis percaya kegiatan tersebut telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu memandangkan isteri suspek pernah ditahan atas kesalahan yang sama pada 2007.
Kedua-dua suspek yang dipercayai menganggur itu direman selama tujuh hari sehingga 15 April ini untuk siasatan lanjut.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," jelasnya.

Sunday, April 10, 2011


Rita Rudaini & Aidil Zafuan
Rita Rudaini & Aidil Zafuan
Rita Rudaini & Aidil Zafuan
Dengarnya kandungan Rita Rudaini ni dah 6 bulan tapi perut nampak cam tak mengandung je. Apa petua yang kamu ye Rita? Ramai bakal isteri di luar sana nak tahu ni. Atau Aidil terlebih himpit? Hehe.. Jgn marah ye Rita, apa gunanya hiburan tanpa gurau senda kan?

PERSIS legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Itulah gambaran yang dapat diberikan ketika melihat aksi penyerang negara Mohd. Safee Mohd. Sali pada kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010.
Tidak keterlaluan sekiranya peminat bola sepak negara melabel Safee setaraf pemain legenda itu berdasarkan pencapaian itu.
Begitupun, penyerang yang berasal dari Kajang, Selangor ini mengambil sikap rendah diri dan merasakan dia masih belum layak untuk disamakan dengan legenda terkenal yang diberi jolokan Super Mokh itu.
Safee, 26, menjadi wira baru dalam arena bola sepak dan memberi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kembali berasa bangga dengan pasukan kebangsaan yang satu ketika dahulu antara yang digeruni di rantau ini.
“Saya berasa sangat bangga sekiranya ada yang menyamakan saya dengan Allahyarham Mokhtar. Itu adalah impian setiap pemain bola sepak untuk mencapai tahap seperti dia.
“Tapi bagi saya tahap permainan saya masih belum layak untuk disamakan dengan beliau. Mokhtar Dahari berada dalam kelas dan tahapnya tersendiri,” katanya.
Mungkin tuah Safee datang dari jersi nombor 10 yang disarungnya sama seperti arwah Mokhtar.
Kejayaan Safee menyumbat lima gol pada Piala Suzuki AFF 2010 melayakkan dia membawa pulang trofi sebagai penjaring terbanyak.
Dia telah mengenepikan penyerang Indonesia, Cristian Gonzales yang mengumpul tiga gol untuk menduduki tempat kedua.
Kejayaan itu turut mencipta sejarah paling berharga secara peribadi yang bukan sahaja membawa nama negara untuk julung kalinya menjuarai kejohanan dan menamatkan penantian selama 14 tahun.
Dia meledakkan dua gol pada separuh akhir pertama menewaskan Vietnam 2-0 dan dua gol ketika final pertama menewaskan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Manakala pada final kedua yang berlangsung di Indonesia, Safee memastikan gelaran penjaring terbanyak menjadi miliknya apabila menyumbat satu gol biarpun Malaysia tewas 1-2.
Meskipun tewas pada final kedua, jaringan Safee itu menyumbang kemenangan dengan agregat 4-2, sekali gus mengakhiri penantian 14 tahun untuk menjadi ‘gergasi’ Asia Tenggara.
“Saya tidak pernah menduga atau meletakkan sasaran untuk menjadi penjaring terbanyak. Tambahan pula, ia merupakan kejohanan tertinggi di ASEAN.
“Saya sangat berterima kasih kepada jurulatih kerana dia telah membantu saya untuk mencapai tahap ini,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Menurut Safee, sebelum memasuki padang, misi utamanya adalah untuk membantu Malaysia mencipta kemenangan secara berpasukan dan tidak ada langsung memasang misi peribadi.
Safee yang sudah berkeluarga dan mempunyai seorang puteri berusia dua tahun mula beraksi dalam saingan Liga Super seawal usia 19 tahun pada tahun 2003. Ketika itu dia beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur sehingga tahun 2004.
Dia sudah mula menunjukkan ‘belangnya’ apabila menjaringkan 11 gol dalam saingan Liga Perdana, sekali gus meletakkannya di tempat kedua di belakang Azman Adnan dalam senarai penjaring terbanyak di kalangan pemain tempatan.
Kemudian dia menyertai Sarawak selama semusim pada 2006 dan menyarung jersi Selangor bermula musim 2007 sehingga kini.
Safee pernah memberitahu dia menyimpan hasrat untuk beraksi di kelab-kelab luar negara suatu hari nanti.
“Tapi, apa yang paling utama adalah untuk bersama-sama pasukan Malaysia bagi berterusan mencipta sejarah baru dan berusaha melakukan lebih banyak kejayaan.
“Secara peribadi pula saya akan terus berusaha untuk meningkatkan tahap permainan bagi membolehkan saya mencuba nasib untuk menyertai kelab-kelab di luar negara.
“Mungkin dalam masa satu atau dua tahun lagi,” katanya.

Wednesday, April 6, 2011

Beritabola.com Jakarta - Nurdin Halid melalui pengacaranya melaporkan Ketua Umum Persebaya 1927 Saleh Ismail Mukadar ke Mabes Polri. Ketua Umum PSSI yang sudah tidak diakui oleh pemerintah itu menuding Saleh Mukadar telah mencemarkan nama baik.

"Ini tentang pencemaran nama baik PSSI. Kami melaporkan Saleh Iskandar Mukadar telah mencemarkan nama baik PSSI saat ikut talkshow 'Barometer' di SCTV," ungkap pengacara Nurdin Halid, Aman Sitor Situmorang pada wartawan.

Dalam surat laporan bernomor 1271/IV/2011/Bareskrim tersebut disebutkan kalau Aman Sitor Situmorang datang sebagai wakil Nurdin Halid dan Nugraha Besoes. Kedua penjabat teras PSSI tersebut pekan lalu dinyatakan tak diakui lagi oleh pemerintah melalui Menpora Andi Mallarangeng.

"PSSI merasa dirinya tercemar. Dikatakan olehnya (Saleh Mukadar) kompetisi PSSI hanya ditujukan untuk kepentingan Pilpres 2009. Kemudian yang kedua, pengurus PSSI diutuduh sebagai penipu, permainan sepakbola di Indonesia hanya dimainkan tiga orang, bukan 11," lanjut Aman.

"Yang kita duga ketua umum, sekjen dan wakil ketua," timpal Aman saat ditanya soal nama tiga orang tersebut.

Pihak Nurdin Halid melaporkan Saleh Mukadar dengan pasal 310 tentang pencemaran nama baik dan pasal 335 tentang perbuatan tidak menyenangkan. Untuk barang bukti, Aman membawa serta rekaman tayangan talkshow tersebut.

"Itu kita lihat ke depan. Sudah saatnya kita mengedepankan proses hukum. Apalagi selama ini Pak Nurdin selalu teraniaya," tuntas Aman saat ditanya kemungkinan melakukan mediasi.
(dtc/din